Sunday, October 9, 2011

BBB TOMYAM BANGI,MALAYSIA

sampai sudah aku kat bilik selepas dinner bersama fauzan di BBB. thanks pojan! belanja aku makan kerang tadi :* =_=  memang sampai besok tengah hari lah nikmat kenyang ny kan . :D hahaha . dah orang belanja. dah ah tadi naik BABY aku. sejak2 dah kembali sihat BABY aku neh. makin POWER pulak.! supppppppp lajuuuuuuuu~ :) abis BMW 7-series aku potong.(BMW uh tengah parking memang ah aku mampu potong) cuba kalau kat highway? pehhhh~ anjatt boboi! kena tinggal bpe kilometer lah an :D . okay. only this for tonight. i want continue my revison . :)

good evening guys.!

Kisah Asal Usul Hajar Aswad



hajar aswad

Hajar AswadKetika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung. Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia." 


Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?" Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja. 


Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam. Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah. Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."




sumber :iluvislam

Friday, October 7, 2011

ONLY FOR YOU BABY

hey i love you baby baby baby! :*

baby baby baby (lentok lenggok justin gigi) =____=" hah! yang tahu tu senyap2! haha siot aje aku neh . 


senang2 untuk you baby . i spend around rm80 today for you baby! :* time2 sekarang lah you nak meragam macam-macam dengan i! please baby. setiap minggu i mandikan you guna sabun yang mahal2! siap wax kan lagi you.sampai berkilau2 you! tak cukup ke baby?  ke you jealous sekarang sebab i ada someone selain you? you jealouss ehhh.! naughty lah you neh . =__= 


you ny pandai tau nak minta kasih sayang dari i.! that's why i wanna love you as you hate me baby!  huahuahua! sekarang ny you dah dapat ape yang you mahu! :* i promise lepas ny i jaga you elok2! i promise !  AHAHA :D nanti you temankan i balik jb yea . kita ikut highway dari bangi sampai ke johor! :) nanti i belanja you air kegemaran you RON95. or you nak RON97? HAHA :D okay yea baby! 


actually korang jangan salah tafsir. BABY BABY yang aku guna kan kat atas uh refer 4 my motorcycle okay ^_________^ acewah! baby baby baby gitu. 


bye semua. nak g solat jumaat lah ! :)

HARGAILAH DIRI ANDA!

yeay! arabic ! :) suka lah badan aku neh an :)


macam gini rupanya rasa penat eh bila ada lab (11a.m sampai 5p.m)? haha kang aku cakap banyak2 merepek pulak nanti an. ada lah nanti kuar yang tak pasal2 kang. hehe. dipendekkan cerita, badan kita akan rasa dihargai bila kita memberikan ganjaran yang tak pernah dirasai oleh diri sendiri (aku lah tu) seperti minuman arab (fayrouz) macam gambar kat atas uh. walaupun harganya tak lawa sedikit =_____=" tapi untuk menghargai badan sendiri. aku sanggup!!! :) untunggglaaa sapa yg jadi isteri aku nanti. :) acewah. hah kan dah! aku dah keluar dah pasal hal2 sensitif neh . ahaha :D tapikan aku nak cakap neh weyh! serius ah weyh dgar ape aku nak cakap neh.! dah2 lupakan dulu nak reply mesej uh. tak penting pun ah selain dgar ape aku nak cakap neh. acewah!


jadi , secara sikologinya, bila korang beri penghargaan kat badan korang automatic korang rasa macam badan korang uh bertenaga balik!. :) jadi korang banyak2 kan lah beri something HADIAH yang secara sikologinya akan membuatkan korang boleh bertenaga lebih dari yang biasa. yang pentingnyaa IKHLAS! ;) sampai sini aje :) gudnight!. :)

Thursday, October 6, 2011

SAY NO TO HAMBA BUKU


say NO!

kawan2 sekalian. jangan jadi hamba kepada buku sepanjang masa. jangan hanya hafal maksud 'terms' engineering , mathematic or another else courses. mesti korang akan lupa dengan mudahnya. tapi memahami lagi berkesan dalam jangka panjang. ingt "tak semestinya seorang pelajar yang menghafal akan memahami dengan mudah, akan tetapi seorang pelajar yang memahami akan mudah untuk menerangkan apa yang dihafal" (boleh ke aku jadi sasterawan?) HAHA :D sempat lagi aku tuh . :) hee~

one of my mission : sekarang ny aku sedang memperbaiki segala kelemahan diri. sesungguhnya kelemahan diri yang kita berjaya kenalpasti akan menjadi senjata yang lebih merbahaya daripada kelebihan kita sendiri apabila kita berjaya membaiki kelemahan diri kita itu. kita manusia memiliki otak yang MAMPU BERFUNGSI melebihi berjuta-juta komputer. :) sekirannya anda merasakan anda berjaya, itu merupakan pemangkin untuk anda menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang. percaya pada diri! percaya anda yang terbaik! anda adalah anda. :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...