Tuesday, August 2, 2011

PINJAMAN PEMBOLEH UBAH YAYASAN PELAJARAN JOHOR

assalamualaikum kalian :) aku nak dedahkan korang dengan pinjaman pemboleh ubah yayasan pelajara johor YPJ (mesti korang nak pikir aku DEDAHkan lainn an?) hahaha ;D siot larrr kalau korang pkir cam gituu pada diriku yang lemah ini :D

okay. 

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA SEMUA TAJAAN PINJAMAN YPJ YANG MENERIMA TAWARAN BERMULA TAHUN 2010 DAN MENGIKUTI KURSUS DIPERINGKAT PROFESIONAL, DOKTOR FALSAFAH (PHD), SARJANA DAN IJAZAH DI SEMUA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM DAN LUAR NEGARA ADALAH LAYAK DITAWARKAN PINJAMAN BOLEH UBAH YPJ. artikel dari yayasan pelajaran johor aku dapat sumbernya. 


jadi syarat-syarat untuk memohon pinjaman pemboleh ubah YPJ ini adalah :

  • Terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus diperingkat Profesional, Kedoktoran, Sarjana dan Ijazah secara sepenuh masa sahaja;
  • Menuntut ditempat yang telah dipersetujui oleh YPJ dan tidak boleh menukar kursus atau tempat pengajian sebelum memaklumkan dan mendapat kebenaran bertulis dari YPJ
  • Keputusan peperiksaan atau laporan kursus mesti dikemukakan setiap semester kepada YPJ
  • Menamatkan pengajian mengikut tempoh sebenar kursus yang diikuti, dan jika melebihi daripada tempoh sebenar, pengesahan dari penyelia kursus perlu diperolehi dan tempoh lanjutan hanya untuk setahun sahaja
  • Tidak dibenarkan menerima apa-apa biasisiwa/ dermasiswa daripada mana mana sumber tanpa persetujuan YPJ;
  • Pada bila-bila masa dalam tempoh enam (6) bulan setelah tamat kursus pengajiannya, pelajar tersebut boleh dikehendaki oleh YPJ untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan kerajaan persekutuan atau mana-mana kerajaan negeri dalam Malaysia. Sekiranya tempoh tersebut telah tamat dan tiada menerima tawaran dari YPJ, maka pelajar bebas berkhidmat di mana-mana agensi kerajaan ataupun swasta;
  • Sekiranya penuntut itu tidak mengikuti syarat-syarat perkara di atas, maka yang demikian ia tidak lagi berhak kepada apa-apa faedah di bawah perjanjian ini dan perlu menanggung keseluruhan bayaran balik pinjamannya.
untuk kursus diperingkat profesional , PhD, sarjana , ijazah, bayaran balik dan kadar pengurangan seperti berikut;
untuk kelulusan diperingkat sijil dan diploma seperti berikut;

  • Semua bayaran balik akan dikenakan tambahan 4 % bayaran perkhidmatan daripada keseluruhan jumlah pinjaman


siapa yang berjaya mematuhi syrat2 dan mencapai CGPA mumtaz memang dikirabiasiswa pinjaman anda itu. tak pyah nak tension2 kalau tak dapat JPA scholarship , Shell scholarship, Petronas scholarship dan macam2 lagi kat luar uh :) okay. ini lar dpat saya kongsikan kat kamu semua . 



atas permintaan untuk menanyakan mengenai cara-cara memohon:



  1. sila download borang permohonan pinjaman YPJ di SINI
  2. then, download borang data peribadi di SINI 
  3. setelah selesai semua, anda boleh lar hantarkannya melalui pos atau walk-in ke alamat :
No. 12A, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, 
Larkin Jaya, Kg Dato’ Onn Jaafar, Karung Berkunci 711
Johor Bahru
80990
Malaysia





8 comments:

Atiqah Razak said...

bole cite sket x camne nak apply ypj nih..agak konpius tgk web ypj nih. ade intebiu ker??

Aus Jahidi said...

tiqa . aku dah edit dah entry neh. tgk lar cara2 dye yea . harap dapat membantu ko ;)

Atiqah Razak said...

Mekaseh ha..tapi aku masih musykil sket. Kalo apply YPJ nih tp at the same time apply ptptn jadi masalah x? kot la kalo apply ypj nih xdapat ker..

Aus Jahidi said...

tak boleh lah tiqa. kalau nak ypj. ptptn kena terminate lar. just apply aje dulu untuk dua2. nanti pilih ah nak yang mana satu.

turqoise87 said...

awk ni dpt ypj kew?

turqoise87 said...

awk ni dpt ypj kew?

Aus Jahidi said...

tak pon lah :) just share the info :)

CharMaine g s7_ehui said...

Hi.. Where to find the related information for kedoktoran, which is about bonding to government service for 10 years? thank you.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...