Tuesday, August 16, 2011

kerana mereka lah aku boleh tertawa .


saya sayang mampat-mampat family saya boleh tak?! :*

assalamualaikum w.b.t . 13.August.2011 memang hari yg bermakna untuk aku. *mood : touching* hari bermakna kerana aku dapat bergurau, gelak ketawa, penat lelah basuh pinggan, mop lantai, berebut nak mandi macam budak2, berebut nak makan juadah berbuka puasa, berborak2, memang banyak lah kalau nak disenaraikan walaupun hanya lebih kurang 24jam aje :( kalau 240jam macam mane lah an lagi kenangannyaa :(. itu lah boboiboy geng! irpan, alip, imran! :( kalau boleh tiap2 weekend nak membuat syaitan :D


emosi sangat lah an aku. :D okay. gembira pulak. nanti dah menagis2 pulak kang, abis lappy uh nanti korang mengencis~ HAHA :D actually on 13.August.2011 merupakan Majlis Berbuka Puasa FAC (KMJ) . biarlah gambar-gambar ini yang menceritakan kenangan manis, gelak tawa, keceriaan sepanjang majlis itu. nanti aku type makin sedih aku :( *actually aku tak suka bila dah orang siap2 nak kemas2 untuk balik rumah masing-masing :( perpisahan uh yang memeritkan :(


tadah aje lar tangan ^___^


nyum nyum nyum~

anak dara sedang menghidangkan makanan untuk teruna :)


banyak betul banyak betul banyak juadah! :)

sama wow. tapi yg ny Dr.pian masked rider! :)

mamat bunga eh? =_=" HAHA

sayam mereka! :*

dengan paip pon jadii! :) manisnya senyuman kami! :)

seseorang tiada dalam gambar ny :( bertiga tidak lengkap!. :(

maskulin boleh lah tahan. =_= kena gemok lagi lah! :D

boboi imran ngn boboi ipan tade :( sebab uh aku berkelakuan liar +_+"
ada boboi alip ngn boboi aus aje :(

kesedihan dalam senyuman tanpa boboi semua  :(

makan nugget abg lamka belanja ! ngn curi2 guna pacik uh punya penapis. betul ke penapis? HAHA ;D lantak lar. blog aku. ikutt aku ah nak tulis ape :D

remaja remaja remaja :)

melawat adik sayam kat kmj! :)

tanjung mas! :) gembiraanya semua nak tangkap gambar .

terpaksa senyum untuk perpisahan :(
bahagia kan~?
saling menyayangi memang amalan KAMI! <3 :*


inilah perpisahan yang tak boleh ku hadapai .:(
sayang Facilitator Alumni Club.! <3
inilah keluarga saya yang saling menyayangi! :* semoga dapat berjumpa ngn korang lagi :* setiap kali bersama korang mmg aku tak dapat lupakan setiap kenangan! boboi ipan, boboi alip, boboi imran! :) next event jgn tak dapat datang doe. seksa beb :( thanks semua yang datang dalam majlis berbuka puasa! :*


credit to camera owner : zack and daus md sam!
also credit to cameraman : anif , zack, daus! :)


































































Monday, August 8, 2011

PERCAYALAH AKU DAH MAKAN MUSANG KING

assalamualikum semua . yeah! musang king? :D actually musang king ni merupakan salah satu jenis buah durian yang ada kat malaysia ni. Amboi, takkan lar korang ingat MATI2 aku makan MUSANG an?? HAHA  tanak aku. banyak lagi benda yg boleh aku makan selain dari musang.. geli geleman tahu boboi =_=" telan tak mahu, tapi LUDAH mak aiii berkilo2 banyaknya nanti :D 


kalau nak cerita pasal harga MUSANG KING ny jangan nak cakap ape lar an. sekilo RM25 siot! Semalam mama aku pelawa kat aku 'nak cuba tak durian musang king? mama belanja' hati ku berdetik 'mesti lah nak!' selepas sidang tawar menawar tamat apek uh cakap RM22/kg last price. *omputihhh woww ituu apekkk ...................... anjatttttttt boboiii :D


kalau korang nak tahu RM22/KG itu dah boleh nak dikatakan murah dah kalau nak dibandingkan dengan ada harga yg boleh mencecah RM40/KG pada diluar musim buah durian. seyes aku cakap rasa dye pehhhh! tak pernah aku rasa durian seenak musang ny. punya lar LEMAK! BERKRIM! MANIS! ngn macam2 rasanyaa bila dah masuk seulas dalam mulut.  eh silap! musang king. *aku bukan peminat makanan eksotik macam haiwan musang uh * mahu boleh pengsan aku. :D

hah. ni gmbar yg sempat aku ambil sebelum aku ngn mama aku menikmati santapan musang king ny~ :) *jangan kecur wow~
tiga untuk aku, tiga lagi untuk mama :)

sedapppnyaaaa... pehhhh! hanya lidah mampu merasai kenikmatannya~ :*

macam gini pon bolayy. 0___o

musang king.
wah! dah tengok dah? aku suggestkan. kalau korang betul2 nak merasai nikmat durian sebenar. inilah dia MUSANG KING untuk anda semua menikmati kelazatan dye! ingat lagi aku belajar bahasa arab berbunyi LAZIZUN JIDDAN <3 byebybye semua :)

memang macam gini eh rasa kalau dapat gaji?

assalamualaikum semua :) just nak cakap memang rasa gembira bila dapat duit neh an. haha :D gaji kedua pulak uh! tadi pas ambik gaji kat kilang terus cepat2 g maybank. bank-in duit uh. takut pegang duit banyk sangat =_=" takuttt boboiii~ HAHA :D badul badul badul! :D

kepada awak awak awak  <3 saya ada gold ring untuk awak! :) cinta saya betambah2 kat awak cik metot! popiaaaaaaaaaa satu bakulllllllll! <3

Friday, August 5, 2011

ROSAK AKHLAK DIA.

assalamualaikum semua. :) dipendekkan memBECOKnya aku. pasal tanggungjawab kita menjaga kebersihan dan kemudahan tandas di negara kita ny.  ary uh aku ada lah pergi ke satu tempat tandas , pehhh~ pasal tandas ny tak nak lar aku elaborate banyak2 an. kang ada jugak kang, makanan yg korang makan masa waktu berbuka uh keluar dengan ghairahnya dari mulut korang an. :D taley bla siot ghairahnyaa. ish ish ish. okayyyy~ 


cuba korang tengok gambar ny dan ape yang ditulis .


tulisan marker uh : CONTENG DINDING JAMBAN PON ROSAK KE? *pada aku  "makhluk" uh nak menganjing lah nota uh :D


lepas uh ada ah aku terperasan tulisan kecil yg ada kat hujung ayat nganjengan sorang makhluk uh , dia tulis ROSAK AKHLAK. HAHA . itu yang aku tak tahan uh. kuar aje dari tandas uh aku senyum TAHAN GELAK punya pasal *aku tak tahu macam mane muka aku masa uh* . bodo aje siak. hahaha ;D pandai pulak an yg menjawab uh cakap ROSAK AKHLAK. hahaha :D tapi yang tulis uh apepasal lah dye cakap gitu , padahal dye pon conteng an kat pintu tandas uh. yang uh buatkan aku nak gelak golek-golek dalam tandas. itu kalau korang ah golek2 dalam tandas, :D aku tahan golek2 uh dengan senyum mintak kaki. :D hahaha :D 
jadi , sama-sama lah kita menjaga kebersihan dan kemudahan tandas kita dengan baik. :) 


MARKER : rosak akhlak :D monyol monyol monyol~ :D
anjattt tahu boboii~ =_="


okay semua. ini saje untuk entry kali ini :) jumpa lagii. enjoy this entry okay. :) assalamualaikum . 

Wednesday, August 3, 2011

SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE IPT (YPJ)




assalamualaikum ;) guys! entry kali ini aku nak kongsikan mengenai SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE IPT yang telah disediakan oleh YAYASAN PELAJARAN JOHOR (YPJ) untuk ahli ketua isi rumah keluarga miskin dan miskin tegar yang berdaftar di e-kasih (jika nama anda tiada dalam e-kasih, pengesahan diperlukan dari pegawai pejabat daerah dan ahli dewan undangan negeri/ wakil rakyat.

untuk mendapatkan syarat-syarat skim bantuan pendaftaran ke ipt anda boleh lah dapatkan disini. SYARAT-SYARAT SKIM BANTUAN PENDAFTARAN KE IPT  

bagi mendapatkan borang permohonan skim bantuan pendaftaran pula sila dapat  kan disini. BORANG PERMOHONAN BANTUAN

akhir sekali dapat kan borang pengesahan pendapatan ibu bapa/ penjaga  di sini . BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN

kalau nak mohon uh jangan lah lewat2 tahu g apply. nanti gigit jari aje nanti :) 
diharapkan maklumat ini dapat memberi anda sedikit sebanyak info . :) btw. good luck in your studies~ 

sumber diperolehi daripada :PORTAL RASMI KERAJAAN NEGERI JOHOR

IKLAN SOLAT YANG TIADA DI MALAYSIA


Assalamualaikum semua. salam ramadhan . :) aku nak kongsi satu video ny mengenai iklan solat yang tiada kat Malaysia ny. cuba lah tengok video ny, ala 51  saat aje an :D .kalau lah kat malaysia ada iklan berunsur macam gini kan bagus. ada lah jugak iklan yg memberi impak positif kepada masyarakat berbanding dengan iklan OMBAK BESAR(yg ini taley bla :D ) , iklan kopok MONI, iklan ape bagai lagi lar an :) tak kira lah di bulan ramadhan , di bulan2 biasa perlu jugak iklan berunsur solat seperti ni. sekadar perkongsian :). 


assalamualaikum w.b.t :)

Tuesday, August 2, 2011

saudi arabia. terima kasih ipan!




hye guys! :) just wanna say thanks to my BFF ipan!.
aku suka doe jubah ny! 
ada perfume lagi an . sayang tongga ketat2! ;)
sifuuuuu sukaaa .. haaaaa. an an an?
milaaa jealouss dyee cakapppp. haa~
an an an? nanti bawak sifuu binatang empat roda naikkk haaa.~ 
an an an? *ipan jek kot yang paham :)
thanks aw ipan utk jubah ngn perfume ny. 
nanti kau g saudi aku nak pesan satu bandar mecca uh pulak. :D

^__________________________^

PINJAMAN PEMBOLEH UBAH YAYASAN PELAJARAN JOHOR

assalamualaikum kalian :) aku nak dedahkan korang dengan pinjaman pemboleh ubah yayasan pelajara johor YPJ (mesti korang nak pikir aku DEDAHkan lainn an?) hahaha ;D siot larrr kalau korang pkir cam gituu pada diriku yang lemah ini :D

okay. 

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA SEMUA TAJAAN PINJAMAN YPJ YANG MENERIMA TAWARAN BERMULA TAHUN 2010 DAN MENGIKUTI KURSUS DIPERINGKAT PROFESIONAL, DOKTOR FALSAFAH (PHD), SARJANA DAN IJAZAH DI SEMUA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM DAN LUAR NEGARA ADALAH LAYAK DITAWARKAN PINJAMAN BOLEH UBAH YPJ. artikel dari yayasan pelajaran johor aku dapat sumbernya. 


jadi syarat-syarat untuk memohon pinjaman pemboleh ubah YPJ ini adalah :

  • Terbuka kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus diperingkat Profesional, Kedoktoran, Sarjana dan Ijazah secara sepenuh masa sahaja;
  • Menuntut ditempat yang telah dipersetujui oleh YPJ dan tidak boleh menukar kursus atau tempat pengajian sebelum memaklumkan dan mendapat kebenaran bertulis dari YPJ
  • Keputusan peperiksaan atau laporan kursus mesti dikemukakan setiap semester kepada YPJ
  • Menamatkan pengajian mengikut tempoh sebenar kursus yang diikuti, dan jika melebihi daripada tempoh sebenar, pengesahan dari penyelia kursus perlu diperolehi dan tempoh lanjutan hanya untuk setahun sahaja
  • Tidak dibenarkan menerima apa-apa biasisiwa/ dermasiswa daripada mana mana sumber tanpa persetujuan YPJ;
  • Pada bila-bila masa dalam tempoh enam (6) bulan setelah tamat kursus pengajiannya, pelajar tersebut boleh dikehendaki oleh YPJ untuk berkhidmat di dalam perkhidmatan kerajaan persekutuan atau mana-mana kerajaan negeri dalam Malaysia. Sekiranya tempoh tersebut telah tamat dan tiada menerima tawaran dari YPJ, maka pelajar bebas berkhidmat di mana-mana agensi kerajaan ataupun swasta;
  • Sekiranya penuntut itu tidak mengikuti syarat-syarat perkara di atas, maka yang demikian ia tidak lagi berhak kepada apa-apa faedah di bawah perjanjian ini dan perlu menanggung keseluruhan bayaran balik pinjamannya.
untuk kursus diperingkat profesional , PhD, sarjana , ijazah, bayaran balik dan kadar pengurangan seperti berikut;
untuk kelulusan diperingkat sijil dan diploma seperti berikut;

  • Semua bayaran balik akan dikenakan tambahan 4 % bayaran perkhidmatan daripada keseluruhan jumlah pinjaman


siapa yang berjaya mematuhi syrat2 dan mencapai CGPA mumtaz memang dikirabiasiswa pinjaman anda itu. tak pyah nak tension2 kalau tak dapat JPA scholarship , Shell scholarship, Petronas scholarship dan macam2 lagi kat luar uh :) okay. ini lar dpat saya kongsikan kat kamu semua . 



atas permintaan untuk menanyakan mengenai cara-cara memohon:



  1. sila download borang permohonan pinjaman YPJ di SINI
  2. then, download borang data peribadi di SINI 
  3. setelah selesai semua, anda boleh lar hantarkannya melalui pos atau walk-in ke alamat :
No. 12A, Bangunan YPJ, Jalan Nuri, 
Larkin Jaya, Kg Dato’ Onn Jaafar, Karung Berkunci 711
Johor Bahru
80990
Malaysia





Monday, August 1, 2011

niat berbuka puasa mestii!



salam ramadhan semua . eh ingat taw sebelum berbuka puasa mesti mau kena berdoa duluu yeaa ;) nanti sia-sia aje nanti . baca style upin dan ipin pon boleyyy~ :) tak sabar2 ny aku nak buka puasa. padahal jam baru ukul 645pm. ada lagi 38minit lagi ny nak buka.. tak sabar nak terawih untuk malam kedua ny .~ ;D  okay semua.. selamat berbuka puasa! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...