Monday, March 21, 2011

KARTUN BARNEY!!

terkenang masa kecik2 dulu tgk cerita barney.



mengenangkan aku dulu suka tgk cerita barney dengan seangkatan macam dragon ball ngn SAILORMOON yang menggunakan tagline dengan kuasa bulan akan menghukum mu. HAHA :D ngeks ngoks pulak an kuasa bulan. HAHA pempuan boleh ah guna kuasa bulan. datang bulan kan. HAHA :D ngeks ngoks. abis pemikiran aku yang suci ny an. HAHA :D 




suda suda suda. merepek nanti aku jadinya. LOL. jadi aku masukkan lagu BARNEY-I LOVE YOU as my blog song. :)) yang korang dengar ny lah cik adik abg hoyyy.. :) *korang nak cakap aku macam budak2?* aku terima doe. haha mulut korang. ape aje boleh aku halang untuk korang bercakap an. HAHA :D heee...... okayy semua. saya Ir. mahu g belajar pulak.... 


thank you very mch who being my follower :) love u'oll

Sunday, March 20, 2011

WARNING!!! VIRUS DI FB ANDA.. AMBIL PERHATIAN !!!

FB DIBIUS VIRUS.

Perhatian kepada MY FOLLOWER mahu pun yang belum menjadi follower yang memiliki akaun FB ***tak mintak pon account HARIMAU(maybank), pokok (BSN) korang**** HAHA LOL :D. 


Kepada sesiapa yang ada tertekan url seperti ini :

" OMG: This girl killed herself after her FATHER posted this message on her wall: bit.ly/hiht3w "

Tolong ikut arahan di bawah ini ......

    a) tekan " Account - Privacy Settings "
    b) Lihat bahagian bawah di " Apps and websites "
    c) tekan " Edit your settings"
    d) Lihat bahagian " Apps you use "
    e) tekan " Edit settings "
    f) Sila delete apps yang pelik2

sekian terima kasih

sebagai rujukan sila layari webste ini :
http://www.newzaroundus.com/2011/03/facebook-virus-striking-users.html


credit to farhan tajuddin . :) thanks


to ALL TOOTH FAIRY FOLLOWER. ini lah yang dapat saya bantu untuk menghargai jasa anda sebagai pengikut ajaran saya **ceh tak agak2 pulak aku guna ayat ajaran uh** . :D haha kerana dirimu begitu beharga.. ***cewah, dah macam iklan maybeline sudaaa*** (betul ke tidak aku eja maybelline uh?) haha aku mane nye make up macam gadis2 diluar sana. HAHA :D


bye-bye semua. :) time to study ..... :) 


thanks who being my TOOTH FAIRY FOLLOWER!!!

Saturday, March 19, 2011

APABILA "FUTURE ENGINEER" BERKONGSI PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG MENGIKUT AL-QURAN


untuk dikongsi bersama sebagai hamba ALLAH ........  ^_____^  Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.





1.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan.keyakinan yang tinggi Dan inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

2.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

3.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." \[23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

4.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." \[23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.



5.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."\[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

6.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." \[23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus  . Mereka kekal didalamnya." \[23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."\[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." \[2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." \[2:202]


untuk dikongsi bersama dari pada artikel iluvislam  :) <3
p/s ; *memang saja aku besarkan nama FIRDAUS aku* HAHA

Tuesday, March 15, 2011

GRADUAN UKM-UDE DOUBLE DEGREE PROGRAM ENGINEERING MENJADI REBUTAN MAJIKAN

pesanan dari PROF MADYA DR FATIHAH SUJA'




ARTIKEL UKM-UDE DOUBLE DEGREE PROGRAM

BANGI, 19 Ogos, 2010 – Semua graduan ijazah berganda dari UKM dan Universiti  Duisburg-Essen, Jerman (UDE) mudah mendapat pekerjaan kerana disambar majikan sebaik saja lulus.
Kesemua 48 graduan demikian sejak program itu dilaksanakan pada 2003 telah dengan mudah mendapat pekerjaan setengahnya dengan syarikat multinasional bukan saja di Malaysia bahkan diluar negara seperti Singapura, Jerman dan Algeria.
Yang lain bekerja di syarikat kejuruteraan tempatan di Malaysia, dua orang bekerja sendiri dengan seorang saja di agensi kerajaan. Empat graduan kini sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.
Penyelaras, Pejabat Antarabangsa UKM di UDE, Prof. Madya Dr Andanastuti Muchtar berpendapat syarikat multinasional besar begitu tertarik dengan graduan ijazah berganda bukan saja kerana prestasi tinggi sebagai jurutera dengan pengetahuan teknikal tinggi tetapi juga kekrana boleh berhubungan dengan baik.
Namun kelebihan paling utama adalah pengiktirafan pelbagai pihak terhadap kecemerlangan bidang kejuruteraan Jerman yang disanjungi seluruh dunia.
“Bagi para graduan kita apa yang lebih membanggakan adalah walaupun agak sukar menguasai bahasa Jerman, kejayaan mereka mempelajari satu bahasa baru dalam mengejar ijazah pertama amat berfaedah sekali,” kata Dr Andanastuti.
Pelajar yang berminat mengikuti program itu semestinya cemerlang daripada segi akademik iaitu mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.0 pada tahun ketiga pengajian.
Pelajar juga perlu mengikuti kursus Bahasa Jerman sekurang-kurangnya 300 jam sebelum bertolak ke UDE.
Beliau berkata pelajar terpilih akan diberikan wang pembiayaan RM10,000 seorang. Pelajar Islam juga tidak perlu bimbang mengenai makanan atau ketiadaan masjid di bandar itu.
“Di Duisburg-Essen terdapat ramai kaum pendatang Turki yang sudah lama bermastautin di Jerman. Lagipun ramai juga orang Jerman makan nasi,” Dr Andanastuti menjelaskan.
Kerjasama akademik rapat di antara UKM dengan UDE telah berjalan kira-kira sedekad sejak dimulakan pada tahun 2000. Perjanjian Persetujuan dan Perjanjian Persefahaman di antara dua institusi itu dimeterai pada tahun 2002 dan 2006.
Dibiayai Perkhidmatan Pertukaran Akademik Jerman, perkongsian di antara UKM dengan UDE diperkuatkan pada tahun 2003 dengan perkembangan dan pelaksanaan program ijazah berganda dalam Sains Komputer dan Kejuruteraan Perhubungan.
Sejak pelancarannya, program tersebut telah dilanjutkan kepada bidang kejuruteraan lain dengan sejumlah 62 pelajar dari UKM menyertainya.
Pelajar yang  menyertai program ini adalah daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Mekanikal dan Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Awam dan Struktural.
Kumpulan terbaru pelajar daripada UKM seramai 16 orang akan berlepas ke Jerman pada Oktober ini dengan 16 orang lagi pelajar akan ke UDE tahun depan.
Kumpulan pelajar itu menghabiskan antara12 hingga 18 bulan di UDE untuk menamatkan dua semester terakhir mereka dan mengikuti latihan industri. Kursus diperbandingkan dan dikira untuk perpindahan kredit.
Pelajar Jerman dengan tahap pengajian yang sama juga diambil belajar di Fakulti Kejuruteraan UKM, Bangi.  Bagaimanapun, kebanyakan daripada mereka belajar di UKM untuk jangka masa lebih singkat sebagai pelajar program pertukaran berbanding pelajar ijazah berganda.
Pada tahun 2005 tiga pelajar dari UDE menyertai program prasiswazah UKM sementara empat lagi sebagai pelajar pascasiswazah dan telah menamatkan pengajian pada 2006.
Tidak ramai pelajar Jerman yang datang mengikuti pengajian di UKM dengan terbaru seorang saja menamatkan kuliah sebagai pelajar program pertukaran di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Peralatan.
Selain program Ijazah berganda beberapa pertukaran tenaga pengajar juga dianjurkan. Program bagi pensyarah UKM sebagai pensyarah jemputan di UDE bermula dengan Prof. Ir. Dr Abd Halim Shamsuddin (semester musim panas 2002), diikuti Prof Dr Mohd Alauddin Mohd Ali (semester musim panas 2004), Prof. Dr. Ing. Nik Abdullah Nik Mohamed (semester musim sejuk 2004/2005),  Prof Dr Jaafar Sahari (semester musim sejek 2005/2006) dan terbaru Prof. Madya Dr Andanastuti Muchtar (semester musim sejak 2007/2008 dan semester musim panas 2008).
Kedua-dua rakan kongsi ini sentiasa giat menjalankan penyelidikan dengan beberapa perkongsian dilakukan dalam bidang penyulingan air kumbahan, kejuruteraan komputer, kejuruteraan jana kuasa, perhubungan antara-budaya, bahan ciptaan bijak, bahan termaju, kejuruteraan pengangkutan, sel penjana dan tenaga boleh diperbaharui (biogas dan biohidrogen).
UKM telah juga menubuhkan Pejabat Antarabangsanya di UDE. Ia dijangka menawarkan peluang lebih luas kepada UKM dalam bidang akademik terutama di Eropah dengan lebih banyak kolaborasi dijalin dengan universiti-universiti lain dalam bidang penyelidikan dan pendidikan tinggi antarabangsa. Ini bersesuaian dengan tema UKM sebagai “universiti kebangsaan dengan jangkauan antarabangsa”.


SUMBER ARTIKEL DARI http://pkukmweb.ukm.my/news/index.php/ms/component/content/article/436-ukm-ude-double-degree-graduates-highly-sought-after-by-employers.html

Sunday, March 13, 2011

APABILA 'FUTURE ENGINEER' ADA KASUT MIZUNO.......

memang saja aku besarkan gambar ny.. :D..... baru sekarang aku  "mampu" pakai kasut mizuno..


first of all, thanks for WHO being my TOOTH FAIRY FOLLOWER. i will appreciated you all ... jangan bimbang lah semua, aku tak akan ajarkan ajaran yang sesat. *tapi kalau korang sesat masa tgah jalan-jalan kat KL uh mmg aku tak dapat ah nak tolong*. hahaha :D saya ORANG JOHOR lah. :)


sebenarnya dah lama aku ny mengidam nak pakai kasut MIZUNO untuk main VOLLEYBALL ny. (aku tak mengidam mengadung okay) ...ni aku asyik pakai kasut futsal aje, SAKIT DOE KAKI!!  :D HAHA   akhirnya dapat lah aku beli dengan menggunakan duit aku  yang telah aku simpan(tak nak susahkan MAMA saya) *baik tak? imam muda lah katakan*. ahha  :D(bagi yang nak nagis uh, cover2 ah sikit. sebab aku tak nak korang nages sebab aku) hahaha :D

yang penting korang TAK NAMPAK HARGA. yang penting harga tak ah lebih rm300.. :*   yeah!! aku berharap kasut ny dah bersedia BERKHIDMAT untuk tuan dye yang IMAM MUDA DAN TOUGH ny... tak kan nak tido lagi dalam 'KERANDA KOTAK' uh an. hahaha ;D wake up sayangggg~ :*  OKAY ALL MY FOLLOWER, I NAK G STUDY LAH.. FINAL EXAMINATION ON 11.APRIL.2011... korang jangan malas-malas nak study okayyy~ :*

love my TOOTH FAIRY FOLLOWERS!!!


--------------------------------------------------THE END-------------------------------------------

Saturday, March 12, 2011

SAYA "FUTURE ENGINEER" YANG TAK RETI DUDUK DIAM !!

firstly, i wanna say that i love my TOOTH FAIRY follower! :) thanks for being my follower okay. ummmmm~




FIELDWORK?? inilah aktiviti yang sangat aku suka bila sekian lama mendengar lecture sahaja.... yek lah tak kan nak dengar teori sahaja, mahu bosan tahap bosan. *eh bosan tahap bosan?, macam mane uh ek?* 


fieldwork kali ny kami semua ditugaskan untuk mengambil coordinate menggunakan GPS. (seyes kali ini memang aku    JAKUN    gila tak pernah pegang GPS model ny, klu lah aku tak ambik course ny tak dapt ah aku merasa guna GPS) eh. korang, tak baik tahu mengumpat imam muda (aku lah orangnya) , secret2 sudaaa~ haha :D


 kalau korang mengumpat jugak, memamg 'CREDIT' korang makin meningkat ah an.. (kalau korang tertanya2 kredit ape?) , korang g ah tanya kat kedai TOPUP, kalau dia senyum-senyum sinis kat korang, aku tak tahu ape yang dia nak level kan korang..... *jangan tanjung rambutan or tampoi sudaaaa* hahaha  LOL


ny gambar yang dapat aku share2 ngan korang, untuk buat SARAPAN PAGI u'olll~ :) tengok muka aku mesti korang kenyang punya, muka aku kan berCAHAYA~  HAHAHAHA :D   

LOCATION : DECTAR,UKM,BANGI


question: nak tahu sebab aku wat gambar ny besar?
ans: sebab aku kan 'TOUGH'. HAHA :D an an an? tengok saja dah cukup muka aku yang sungguh gembira itu~ haha





muka aku tak lah INNOCENT sangatt.  LOL



--------------------------------- THE END------------------------------

Thursday, March 10, 2011

SAYA RINDU SAYANG MAMA SAYA KETAT KETAT!

I    LOVE YOU MAMA! <3

terasa rindu pulak kat mama ! ;'(  korang tak kan tak perasan ada CAHAYA atas kepala MAMA saya uh? HAHA bercahaya kan mama saya?(memang sengaja aku shoot gitu)  awet muda mama saya ny.*hopefully my mum will give me permission to holiday at USS,singapore during my semster break* mungkin korang semua nak tahu kenapa MAMA saya ny awet muda kan? SEBAB dia ada ANAK yang muda macam aku ny KOTTTTTTTT~. haha :D *cewah~ aku muda lagi ah. lagi berapa puluh hari lagi nak celebrate B.Day aku yang ke 20. alahaiiii~ baru 20 jek ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnn~.. *dengan harapan agar aku semakin tough* eh. selama ny aku dah tough kew? haha :D ye lah kottt.......... AKU TOUGH kan kawan-kawan? hahaha :D 


sumpah aku cakap "aku rindu masakan mama saya".... nyum nyum nyum nyum kalau dapat makan masakan MAMA kat UKM ney kan. :'(  

okay lah. time to study, actually i dont have enough time to revision.. FINAL start 11.April.2011 wowwwww~!!! HAHA 


---------papaiiii all my TOOTH FAIRY FOLLOWER.----------




Sunday, March 6, 2011

10 PETANDA DIA JODOH KITA

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)





Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :





1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.


6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.*KERJA APA LAH UH* HAHA Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Friday, March 4, 2011

APA HEBATNYA SOLAT DIAWAL WAKTU?

saya nak kongsi sedikit informasi yang boleh membawa kebaikan kepada kita semua sebagai hamba ALLAH s.w.t. cewahhhh~~ *gaya imam muda lah an??? actually mmg nak masuk. tapi takut nanti semua masjid nak aku jadi IMAM pulak. haha :D

SOLAT....

          Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?


Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam. :)

Thursday, March 3, 2011

BANANAS ; THE ULTIMATE HUNGER BUSTER



                   Ever grab a snack but then feel hungry again 20 minutes later? Next time, reach for a banana. It’s loaded with Resistant Starch (RS), a healthy carb that fills you up and helps to boost your metabolism. Slightly underripe medium-sized bananas have 12.5 grams of RS—more than most other foods. Ripe bananas give you 4.7 grams of RS, still enough to keep hunger pangs away. Check out these tasty ways to work in this wonder food.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...